Annur Sumayyah,Nur Laura-pembedahan jantung

100%

Tiada kata dapat digambarkan selain rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakyat Malaysia yang berdoa dan menyumbang untuk menyelamatkan bayi perempuan berusia 1 bulan, Annur Sumayyah Sharrizul dan Nur Laura Qadeja Mohammad Hadi, bayi perempuan berusia 2 bulan kerana masalah jantung dialami mereka.

Sukacitanya, pihak One Hope Charity & Welfare (One Hope) mengumumkan bahawa dana sejumlah RM120,000 bagi membiayai kos pembedahan dua bayi comel ini sudah mencukupi.

Untuk makluman Annur Sumayyah akan menjalani pembedahan pada 29hb January 2020.

One Hope mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk membantu dua bayi ini untuk terus hidup dan berharap usaha ini akan diteruskan untuk membantu insan yang lain.

Sumbangan yang diberikan sudah tentu melegakan kebimbangan ibu bapa kepada dua bayi tersebut yang selama ini sukar mencari dana untuk membiayai kos pembedahan anak mereka berikutan masalah kewangan.

Kami di One Hope mendoakan supaya pembedahan yang akan dilalui dua bayi ini berjalan lancar dan mereka dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain.