Cheah Seng Yong dibantu alat pendengaran, suntikan mata dan kaki palsu.

100%

Buta sebelah mata, telinga sebelah tidak mampu mendengar dan kaki sebelah kiri pula dipotong. Itu dugaan yang dihadapi seorang lelaki warga emas yang berumur 61 tahun apabila berada dalam keadaan serba kekurangan ekoran keadaan kesihatannya.

Namun, selepas bertemu dengan pihak One Hope Charity pada tahun lalu, memberi sinar baharu kepadanya selepas kesemua masalahnya itu di atasi.

Ia adalah berkat dari kesungguhannya untuk berdikari dalam hidup walaupun terdiri dari golongan kurang upaya.

Hari ini, mata sebelahnya yang buta sudah mampu melihat selepas menerima suntikan, telinga sebelahnya pula sudah mampu mendengar dengan bantuan alat pendengaran dan kaki kirinya yang dipotong pula sudah digantikan dengan kaki palsu yang mana ia mampu berjalan semula.

Dengan kesemua bantuan ini, dia mampu meneruskan kehidupannya seperti biasa.Lelaki ini berterima kasih dengan seikhlas hati kepada One Hope Charity dan seluruh penderma kerana membantunya.Tanpa bantuan anda, hidupnya pasti sentiasa dalam kesusahan.