Rames A/L Kanniappen meninggal dunia akibat serangan jantung.

100%

Pada 18 Januari 2020, One Hope Charity & Welfare (One Hope) menerima khabar duka daripada sebuah keluarga yang menetap di Parit Buntar, Perak yang kehilangan orang tersayang akibat serangan jantung.

Mendiang, Rames A/L Kanniappen berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia secara tiba-tiba dan menyebabkan seluruh ahli keluarganya terkejut mendapat berita itu.

Rames mempunyai empat anak lelaki berusia dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun manakala isterinya yang tidak bekerja berusia 49 tahun.

Mereka sekeluarga tidak mampu membiayai kos pengurusan jenazah Rames, lalu menghubungi pihak One Hope untuk urusan selanjutnya.

Pihak One Hope menghulurkan bantuan selepas mengadakan lawatan ke rumah mendiang dan turut menyediakan bantuan pendidikan untuk dua orang anak Rames yang masih bersekolah di darjah 6 dan tingkatan 5 kerana tidak mahu mereka berdua meninggalkan pelajaran pada usia muda.

Setakat 19 Januari, One Hope sudah membantu menguruskan 22 urusan jenazah dan meminta masyarakat sekeliling yang tidak berkemampuan khususnya bagi individu yang tinggal berseorangan untuk mendaftar supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

Masyarakat Malaysia yang prihatin dan mahu turut serta membantu dalam urusan jenazah boleh menyumbang ke dalam akaun yang tertera seperti di bawah (Note / remark: Coffin Aftermath / funeral fund),

Nama: One Hope Charity & Welfare Berhad
Bank: Public Bank
Acc No.: 3184938918

Pihak kami memohon kerjasama anda untuk sertakan paparan slip bank, nama, nombor telefon dan alamat rumah kemudian hantar melalui email kepada info @onehopecharity.com.my.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian kami di 016-4192192, 019-2322192, 04-505 9800 9800.

Setiap penerima yang menyumbang akan memperoleh resit daripada pihak kami. (NOTA: Untuk memelihara alam sekitar, hanya salinan resit digital yang akan disediakan. Jika anda memerlukan salinan resit asal, sila nyatakan dalam email.)

** Penafian: Mana-mana perubahan dalam kenyataan ini adalah dilarang sama sekali. Tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.