Yap Hao Yi – implan koklea

100%

Perkataan pertama yang diimpikan setiap yang bergelar ibu bapa di dunia ini sudah pasti mendengar gelaran seperti ‘ibu’ ,‘ayah’, ‘mama’,’papa’ diungkapkan dari mulut anak mereka kerana ia adalah perkataan yang begitu membahagiakan mereka.

Mana tidaknya, ketika bayi dan perlahan-lahan anak mereka membesar saat mendengar gelaran itu sangat ditunggu-tunggu setiap ibu bapa.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak semua dapat merasainya kerana ada di antara ibu bapa diuji aapabila anak mereka mempunyai masalah pendengaran dan menyebabkan mulut tidak dapat bertutur seperti kanak-kanak lain.

Masalah itu dihadapi sepasang suami isteri dari Ampang, Selangor selepas anak mereka Yap Hao Yi yang kini berusia 4 tahun tidak mampu mendengar dan bertutur dengan baik.

Yap Hao Yi dikesan mempunyai masalah pendengaran ketika dia berusia 1 tahun kerana tidak mempunyai reaksi terhadap bunyi kuat dan tidak tahu menyebut gelaran ibu bapanya.

Berikutan itu, ibunya, Kalnianni A/P Kumaran,26 dan bapanya, Yap Cher Ping,38 membawanya membuat pemeriksaan di hospital sebelum mendapati kanak-kanak itu mempunyai masalah pendengaran di kedua-dua belah telinga.

Pada ketika itu, doktor memberikan alat bantuan pendengaran untuk mengatasi masalah yang dihadapinya namun ia gagal lalu pada tahun 2019 satu pembedahan implan koklea di jalankan di sebelah telinga kanan Yap Hao Yi. Kos pembedahan ditanggung sebuah hospital kerajaan.

Doktor memaklumkan masalah yang dihadapi Yap Hao Yi dipercayai berkaitan dengan masalah genetik berikutan kakak kepada kanak-kanak itu yang berusia 8 tahun turut mempunyai masalah pendengaran tetapi tidak teruk dan bergantung kepada bantuan alat pendengaran.

Selepas pembedahan itu, Yap Hao Yi sudah mampu mendengar namun tidak dapat bertutur dengan baik dan memerlukan satu lagi pembedahan impan koklea di sebelah telingan kirinya.

Bapanya bekerja sebagai jurujual aksesori telefon berpendapatan RM2,500 sebulan manakala ibunya tidak bekerja dan mereka sekeluarga menetap di rumah pusaka keluarga. Kos pembedahan implan koklea ini berjumlah RM64,600.

Sumbangan

Ibu bapa bersetuju memberi kebenaran kepada pihak One Hope Charity & Welfare Berhad untuk melancarkan serta mengendalikan dana dan pada masa sama mengumpul sumbangan daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib mereka.

Harap maklum bahawa akaun di bawah ini digunakan untuk tujuan mengumpul dana berkenaan:

Nama Akaun: One Hope Charity & Welfare
Nama Bank: Public Bank Berhad
Nombor Akaun: 3193 433 435

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke dalam akaun yang tertera.

Pihak kami memohon kerjasama anda untuk sertakan paparan slip bank, nama, nombor telefon dan alamat rumah kemudian hantar melalui email kepada info @onehopecharity.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian kami di 04-5059800 atau 016-4192192.

Setiap penerima yang menyumbang akan memperoleh resit daripada pihak kami. (NOTA: Untuk memelihara alam sekitar, hanya salinan resit digital yang akan disediakan. Jika anda memerlukan salinan resit asal, sila nyatakan dalam email.)

** Penafian: Mana-mana perubahan dalam kenyataan ini adalah dilarang sama sekali. Tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.