Mohd Nasir, stroke

100%

Dahulu dirinya menjadi tonggak keluarga, namun serangan strok mungkin mengaibkan kebahagian keluarganya.

Mohd Nasir (54 tahun), yang kerja sebagai pemandu lori yang telah bertugas selama 30 tahun berpendapatan RM2200 sebulan merupakan tonggak keluarga kerana dia perlu menyara kedidupan isteri ( 52 tahun,suri rumah tangga), seorang anak lelaki OKU berumur 27 tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 10 tahun.

Satu-satu anak lelaki yang berumur 27 tahun telah mendapati sarafnya kakinya cedera dan disahkan cacat kaki sejak 5 tahun lepas. Mujurlah dengan rawatan fisio yang tidak pernah henti, sekarang dia berupaya berjalan dengan bantuan tongkat.

Mohd Nasir ada lagi dua orang anak perempuan yang telah berkahwin Kedua-dua anak perempuan ini mempunyai tanggungan sendiri dan tidak berupaya untuk menangung kos perubatan yang tinggi.

Walau dia pernah disyaki sudah menghidap strok ringan oleh hospital semasa kemalangan jalanraya pada bulan Ogos. Akan tetapi, demi keluarag yang tersayang, dia masih bergigih untuk kembali ke jawatannya untukmencari nafkah hidup.

Pada 12/9/2020 7pm, Mohd Nasir bin Endut menonton televisyen dan ahli keluarga didapati kepala dia tunduk tanpa bergerak dan badan tiada tindak-balas, ahli keluarga terus menghantar dia ke hospital berdekatan dan didapati dia kena strok di otak dan perlu menghantar segera ke hospital swasta dalam 4 jam untuk menjalani operation Mechanical Thrombectomy dengan kos pembedahan RM50,000. Insuran kerjanya hanya memberi perlingdungan RM10,000, dan lebih RM40,000 keluarga tidak mampu lalu minta bantuan dari ONE HOPE CHARITY & WELFARE.

Anak dan isternya rasa bersyukur kerana atas bantuan yang diberi oleh ONE HOPE CHARITY , mereka tidak sangka dalam masa kecemasan yang singkat , ada sebuah badan NGO yang sanggup menolong mereka dengan memberi bantuan kewangan terhadap kos perubatan tersebut.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Mohd Nasir Bin Endut melalui One Hope Charity & welfare.

?Sumbangan?

Keluarga bersetuju memberi kebenaran kepada pihak One Hope Charity & Welfare untuk melancarkan serta mengendalikan dana dan pada masa sama mengumpul sumbangan daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib bapa mereka.

Harap maklum bahawa akaun di bawah ini digunakan untuk tujuan mengumpul dana berkenaan:

Nama Akaun: One Hope Charity & Welfare
Nama Bank: Public Bank Berhad
Nombor Akaun: 3201 428 817

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke dalam akaun yang tertera.

Pihak kami memohon kerjasama anda untuk sertakan paparan slip bank, nama, nombor telefon dan alamat rumah kemudian hantar melalui email kepada info @onehopecharity.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian kami di 04-5059800 atau 016-4192192.

Setiap penerima yang menyumbang akan memperoleh resit daripada pihak kami. (NOTA: Untuk memelihara alam sekitar, hanya salinan resit digital yang akan disediakan. Jika anda memerlukan salinan resit asal, sila nyatakan dalam email.)

** Penafian: Mana-mana perubahan dalam kenyataan ini adalah dilarang sama sekali. Tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.