Muhammad Syafi Muiz Mafiezy, Inara Hanif, Jeremy Lim Jie Xi – sakit jantung

100%

Tidak ada ibu bapa di dunia ini mahu melihat anak-anak mereka menderita kerana penyakit, namun perkara ini tidak dapat dielakkan.

Bayi lelaki tidak cukup 1 bulan, Muhammad Syafi Muiz Mafiezy, Inara Hanif, kanak-kanak perempuan berusia, 2 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun Jeremy Lim Jie Xi dilahirkan dalam keadaan sempurna tetapi tidak siapa sangka mereka bertiga berdepan dengan masalah jantung yang menyebabkan nyawa terancam.

Lebih memeritkan kos pembedahan yang terlalu tinggi menghimpit keluarga mereka yang tidak tahu mencari sumber bagi menyelamatkan anak mereka dengan kadar segera.
Muhammad Syafi Muiz lahir di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,Kedah pada 22 Januari lalu.

Selepas dilahirkan dia mengalami sesak nafas dan pemeriksaan doktor yang dilakukan ke atasnya mendapati Muhammad Syafi Muiz mengalami masalah saluran jantung terbalik yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.Dia kemudian terus dimasukkan ke Wad Penjagaan Insentif Untuk Bayi (NICU) sehingga hari ini.

Bapanya, Mafiezy Abdul Aziz, 35 bekerja sebagai anggota polis berpangkat koperal berpendapatan lebih RM2,000 sebulan dan ibunya, Shahira Othman,27 tidak bekerja.

Menurut Shahira, anak ketiganya itu lahir dalam keadaan normal dan ketika mengandung juga tidak mempunyai sebarang masalah namun terkejut apabila dimaklumkan bayinya menghadapi masalah jantung yang memerlukan pembedahan segera.

Kos pembedahan adalah sebanyak RM80,000 yang menyebabkan pasangan suami isteri dari Yan, Kedah ini tidak mampu membiayainya.

Bagi pasangan suami isteri, Hanif Hamidon dan Azian Darus masing-masing berusia 30 tahun berterusan diuji apabila anak perempuan mereka Innara masih tidak sembuh dari penyakit jantung dihidapnya.

Inara yang mempunyai masalah berkaitan genetik sudah menjalani pembedahan jantung sebelum ini pada 11 Ogos 2017 ketika dia berusia 1 bulan. Pada ketika itu, One Hope Charity membiayai kos pembedahannya sebanyak RM45,000.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari menjalani pembedahan berkenaan tiba-tiba paru-parunya berdarah dan memerlukan satu lagi pembedahan.Kos pembedahan kedua itu menelan perbelanjaan RM75,000 dan One Hope Charity sekali lagi menyalurkan bantuan.

Pada Mei 2019, Inara dibawa ke Hospital Pulau Pinang (GH) untuk pemeriksaan susulan dan doktor memaklumkan bahawa dia perlu lagi menjalani pembedahan jantung, berikutan keadaan kulitnya yang bertukar kebiru-biruaan setiap kali menangis serta tumbesaran yang tidak meningkat seperti kanak-kanak lain kerana sehingga sekarang tidak boleh berjalan.Kos pembedahan ini berjumlah RM70,000.

Bapanya bekerja sebagai juruteknik mesin berpendapatan RM3,000 sebulan manakala ibunya tidak bekerja.Mereka sekeluarga tinggal di Taman kimsar, Perai.
Selain Innara pasangan suami isteri ini turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.

Dugaan turut dihadapi seorang remaja lelaki Jeremy Lim Jie Xi dari Bertam Perdana, Kepala Batas yang juga berdepan dengan masalah jantung.Ibunya,Ch’ng Swee Eng,60, memaklumkan Jeremy adalah anak angkatnya yang diambil ketika Jeremy berusia 4 bulan.

Doktor memaklumkan ketika Jeremy lahir sudah didapati ada masalah jantung tetapi kurang pasti samaada serius atau tidak sehingga dia menjalani pembedahan ketika berusia 3 tahun.

Pada Julai tahun lalu, ketika menjalankan pemeriksaan susulan didapati jantung Jeremy berada dalam keadaan tidak normal dan memerlukan pembedahan segera dijalankan.

Ibunya yang bekerja sebagai guru besar di sebuah tadika berpendapatan RM4,000 sebulan tidak mampu membiayai kos pembedahan itu yang terlalu tinggi.Kos pembedahan Jeremy adalah sebanyak RM70,000.

Oleh itu, kos keseluruhan yang diperlukan untuk ketiga-tiga pesakit ini adalah RM220,000 dan berharap orang ramai dapat bersama-sama membantu supaya mereka dapat segera sembuh.

Sumbangan

Ibu bapa bersetuju memberi kebenaran kepada pihak One Hope Charity & Welfare Berhad untuk melancarkan serta mengendalikan dana dan pada masa sama mengumpul sumbangan daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib mereka.

Harap maklum bahawa akaun di bawah ini digunakan untuk tujuan mengumpul dana berkenaan:

Nama Akaun: One Hope Charity & Welfare
Nama Bank: Public Bank Berhad
Nombor Akaun:3193 433 435

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke dalam akaun yang tertera.

Pihak kami memohon kerjasama anda untuk sertakan paparan slip bank, nama, nombor telefon dan alamat rumah kemudian hantar melalui email kepada info @onehopecharity.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian kami di 016-4192192 atau 04-5059800.

Setiap penerima yang menyumbang akan memperoleh resit daripada pihak kami. (NOTA: Untuk memelihara alam sekitar, hanya salinan resit digital yang akan disediakan. Jika anda memerlukan salinan resit asal, sila nyatakan dalam email.)

** Penafian: Mana-mana perubahan dalam kenyataan ini adalah dilarang sama sekali. Tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.